Dari Kuptm/Kptm ke UiTM
For the first time ever, I will write in Malay for better and deep understanding about this matter. Assalammualaikum! Alhamdulillah. saya berjaya melayakkan diri untuk menjadi pelajar UiTM Puncak Alam dalam bidang pendidikan atau secara tepatnya, TESL. Sebenarnya, tidak mustahil untuk kamu meneruskan pembelajaran ke universiti awam selepas tamat pembelajaran di KPTM. Tetapi, peluang untuk berjaya itu, agak tipis. Dalam ramai-ramai pelajar KPTM (bawah 20) yang ditemuduga bersama saya, hanya 4 orang sahaja yang lulus kerana lumrah UiTM yang membuka ruang untuk mereka yang berkaitan dengan universiti (Asasi Tesl, penyerapan Dip UiTM, dll) itu terdahulu sebelum mengambil mana-mana pelajar dari Diploma IPT lain. Ianya bergantung kepada rezeki, seperti yang saya pernah katakan, Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik, Insya-Allah, Ada beberapa perkara yang bakal mahasiswa/wi perlu tahu berkenaan dengan perjalan selepas KPTM: 1. 3 + 4 tahun Tempoh untuk memperolehi Di...