Dari Kuptm/Kptm ke UiTM

For the first time ever, I will write in Malay for better and deep understanding about this matter.

Assalammualaikum!

Alhamdulillah. saya berjaya melayakkan diri untuk menjadi pelajar UiTM Puncak Alam dalam bidang pendidikan atau secara tepatnya, TESL.

Sebenarnya, tidak mustahil untuk kamu meneruskan pembelajaran ke universiti awam selepas tamat pembelajaran di KPTM. Tetapi, peluang untuk berjaya itu, agak tipis. Dalam ramai-ramai pelajar KPTM (bawah 20) yang ditemuduga bersama saya, hanya 4 orang sahaja yang lulus kerana lumrah UiTM yang membuka ruang untuk mereka yang berkaitan dengan universiti (Asasi Tesl, penyerapan Dip UiTM, dll) itu terdahulu sebelum mengambil mana-mana pelajar dari Diploma IPT lain. Ianya bergantung kepada rezeki, seperti yang saya pernah katakan, Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik, Insya-Allah,

Ada beberapa perkara yang bakal mahasiswa/wi perlu tahu berkenaan dengan perjalan selepas KPTM:

1. 3 + 4 tahun

Tempoh untuk memperolehi Diploma in TESL di Kptm adalah 3 tahun. Jika kamu masuk ke Kptm sewaktu berumur 18 tahun, by 21 kamu akan graduate. Degree Tesl di UiTM memakan masa 4 tahun. Jadi, sewaktu kamu tamat Degree, dan sah bergelar 'Fresh Graduate', umur kamu sudah mencecah 26 tahun. 😐😐😐

2. Pengecualian Kredit / Credit Transfer

Sewaktu di-interviewed hari tu, saya ada bertanyakan mengenai pengecualian kredit kepada interviewer, tetapi beliau memaklumkan bahawa pelajar-pelajar TESL daripada Kptm TIDAK BOLEH membuat pengecualian kredit. Kerana, Course Description untuk subjek-subjek yang berkaitan antara Kptm dan UiTM adalah tidak sama. Contohnya, Principles and Practices in Language Teaching (PAP) akan dipelajari sewaktu di UiTM walaupun kamu sudah lulus subjek itu sewaktu di Kptm kerana, matlamat subjek itu dipelajari di Kptm dan UiTM tidak sama. Kesimpulannya, kamu akan belajar SEMULA segala apa yang telah dipelajari. Tetapi, ada kelebihannya, anggaplah pembelajaran semula itu sebagai satu ulang kaji.

3. Minggu Destinasi Siswi

Good news people! Jika kamu merupakan lepasan Diploma IPT lain, kamu TIDAK PERLU menjalani Minggu Destinasi Siswi (MDS). MDS ni adalah seperti orientasi sewaktu mula-mula masuk ke KPTM dahulu, Berbeza dengan KPTM, I heard it from the grapevine, yang MDS UiTM lebih tough berbanding dengan KPTM, So, you're in luck.
Lainlah jika kamu seorang yang memang suka terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti ini. Jika tidak, beruntung!




I think these are all. I wish you best of luck! Make sure to do your best in everything you're doing.
Find me, and I'll thank you for reading this.







Comments

  1. hi sis, nak tanyalah. i just got an offer from kuptm utk bachelors degree in TESL. is that ok for me to accept this offer? please reply, tq :)

    ReplyDelete
  2. I'm so sorry I'm late.
    Busy is not an excuse!
    But,
    Better late than never I guess.
    You should go if you feel like TESL is something you really want to pursue. But please take a note that KUPTM is a non-government institution. Thus, pursuing there won't guarantee your place as a teacher in government schools. It is possible, but hard.
    If being a teacher is just another minor option for you, then it is totally okay because TESL is a wide field, giving you many choices of careers you can go for.
    I hope this helps!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Boleh sambung ke oversea ke untk amik degree?

    ReplyDelete
  5. kalau dip TESL KPTM ke Degree TESL KPTM mesti dapat transfer credit kan? Dgree KPTM akan jadi berapa tahun?

    ReplyDelete
  6. Hi u still read comments from here? Need to know if u’re already a teacher right now

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Interview TESL UiTM (Degree)

TESL in KUPTM KL